11:10 AM

TARIKH KERAMAT 13 MEI 2010 PADA JAM 3 PETANG BERSAMA 5 ORANG DELEGASI TELAH MENJADI ISU BERSEJARAH APABILA YB RAMIZUYANG PERNAH BERTANDING SEBAGAI CALON BEBAS SEBANYAK 3 KALI IAITU DI PARLIMEN BUKIT GANTANG, DUN PENANTI DAN DUN PERMATANG PASIR TELAH BERTEMU DATO'KAVEAS DI PEJABAT BELIAU DI KG ATAP KUALA LUMPUR.

DATO'KAVEAS AMAT B ERSETUJU DAN MERESTUI HASRAT YB RAMIZU UNTUK BERSAMA-SAMA BERGANDING BAHU DAN AKAN MEMBAWA ISU INI KE MAJLIS TERTINGGI PPP SEBERAPA SEGERA .DAN AKAN MENUBUHKAN PENUBUHAN PENAJA PPP DI BAHAGIAN PARIT PERAK YANG AKAN DIKETUAI OLEH YB RAMIZU SENDIRI.

TELAH MENEMPA SEJARAH PERDAMAIAN DAN PENYATUAN PELBAGAI KAUM DAN MEREALISASIKAN ONE MALAYSIAAN YANG DISERU OLEH DATO' SERI NAJIB.


JIKA PKR DENGAN PELBAGAI KAUM. PPP ADALAH LEBIH RELEVAN DALAM MEREALISASIKAN PENERAPAN "ONE MALAYSIA".

KINI YB RAMIZU YANG INGIN ,MENUBUHKAN "PARTI IMAN SEMALAYSIA" TELAH MENYERTAI PPP DAN KONSEP POLITIK BERIMAN AKAN TERUS DIPERJUANGKAN MELALUI PPP.

BELIAU MEMPUNYAI PETUA DAN PRINSIP DIRI BAHAWA POLITIK BERIMAN ADALAH TIDAK MENENTANG PEMERINTAH. PELBAGAI KAUM DAPAT DISATUKAN DIBAWAH PAYUNG PPP. BERSAMA PRESIDENT PPP DATO' KAVEAS YANG MEMPUNYAI WAWASAN PENYATUAN PELBAGAI KAUM.

GABUNGAN 2K IAITU KAMARUL RAMIZU DAN KAVEAS AKAN MENYEMARAKKAN WAWASAN DATO' SERI NAJIB DENGAN "ONE MALAYSIA".

SERUAN YB RAMIZU AGAR SEMUA KAUM MENGAMALKAN KONSEP BERIMAN DALAM MENJALANI KEHIDUPAN EKONOMI, POLITIK DAN SOSIAL SERTA MENGHAPUSKAN BUDAYA BERPUAK-PUAK DAN PERKAUMAN DENGAN MEMBAWA BUDAYA INTERNASIONALIS BUKANNYA BUDAYA NASIONALIS. BUDFAYA INTERNASIONALIS AKAN MERUBAH RAKYAT MALAYSIA DARI CENGKAMAN "BAWAH TEMPURUNG"

RAKYAT PELBAGAI KAUM PERLU BESERTA DENGAN KEKUATAN BERAGAMA DAN KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN. KONSEP BERIMAN AKAN MENGUJUDKAN MASYARAKAT HARMONIS DAN MENGEMBALIKAN KEAGUNGAN SERTA DI HORMATI NEGARA-NEGARA LUAR.

DATO'KAVEAS MENGATAKAN POLITIK ITU PERLU IKHLAS DALAM PERJUANGAN DAN YB RAMIZU MENYAHUT DAN MENYATAKAN IKHLAS ITU BERIMAN ADALAH BERSAMAAN DENGAN SATU TUJUAN DAN SATU MATLAMAT.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT ;

NO HP YB RAMIZU : 019-2486649
PEMBANTU KHAS ISMAIL : 019-5992921







Membina Gabungan Parti Bebas

Kita adalah rakyat dan kuasa telah diberikan ke atas pemimpin. Parti bebas adalah bebas menyuarakan pendapat untuk keseimbangan politik di Malaysia.

Politik adalah pengaruh dan kuasa. maka perlumbaan dan pengukuhan empayar dibina dengan rakyat sebagai bahan binaan. Itulah adat resam. Politik beriman adalah formula penghapusan politik itu. Maka rakyat jangan tertipu lagi dengan taburan resam yang akhirnya YB MATERIALISTIK bermaharajalela.
Oleh itu undian seterusnya, undilah pemimpin dari parti bebas, pasti para pengundi tidak kecewa.

Wahai pemerintah yang beriman kembalilah beriman berihsan berIslam serta perteguhkan Al-Quran dan As -Sunnah. Tegakkanlah hukum Allah dan hudud di bumi Allah. Buktikan nawaitu anda menegakkan perintah Allah berbanding yang teringin memerintah benar-benar hebat di sisi Empunya Zat

Wakil rakyat bebas adalah tren terkini dan formula khas bagi memastikan wakil rakyat adalah sebenar-benar wakil kepada rakyat yang berbilang kaum, berbilang agama, berbilang puak atau suku, berbilang kepartian dan berbilang kefahaman atau dasar.

Kepada puak atau suku Melayu seperti Jawa, Banjar, Bugis, Acheh, Mandailing, Rawa, Batak dan sebagainya apabila memasuki era kepartian dan era politik dengan nilai ketaksuban kepada parti mengakibatkan permusuhan berlainan suku dan apa yang lebih menyedihkan sesama puak atau suku akan bertelagah sesama puak atau suku sesama sendiri contoh puak Jawa sesama Jawa, Banjar sesama Banjar kerana berlainan parti. Maka trend kepartian membawa banyak permusuhan dan pertelagahan adalah lebih baik nilai kepartian dihapuskan. Trend wakil calon bebas adalah formula yang tepat.

Mengapa trend bebas? Kerana apabila individu menduduki kerusi laluan BN apabila memenangi, beliau akan berkait erat kepada penyokong mereka dan begitu juga jika PKR dan PAS atau DAP iaitu PR juga akan menyebelahi penyokong atau pengundi mereka. Bukankah itu lumrah kepartian? Maka untuk lebih adil dan saksama dalam kemelut lumrah kepartian wakil-wakil rakyat dari pencalonan bebas adalah lebih berkeadilan.

Kenapa begitu? Jawapannya mudah kerana apabila wakil calon bebas memenangi kerusi, invidu tersebut benar dapat mennjadi dan berkhidmat dengan cemerlang, telus, amanah kerana tiada konsep membeza-bezakan walau apa sekali pun parti yang diceburi oleh rakyat bawahan dan lebih bersikap terbuka dan lebih mudah menyelami jiwa rakyat maka formula bebas pencetus dan penghapus kemelut kepimpinan, kemelut YB, kemelut kronisme, kemelut kuasa, kemelut egoistik dan pelbagai kemelut yang bertambah gelut. Maka bangunkanlah minda bawah tempurung pengundi malaysia agar beralih ke arah kebebasan mutlak dan hak calon bebas Parlimen Bukit Gantang, Penanti dan Permatang Pasir.

Tarikh Keramat