Kita adalah rakyat dan kuasa telah diberikan ke atas pemimpin. Parti bebas adalah bebas menyuarakan pendapat untuk keseimbangan politik di Malaysia.

Politik adalah pengaruh dan kuasa. maka perlumbaan dan pengukuhan empayar dibina dengan rakyat sebagai bahan binaan. Itulah adat resam. Politik beriman adalah formula penghapusan politik itu. Maka rakyat jangan tertipu lagi dengan taburan resam yang akhirnya YB MATERIALISTIK bermaharajalela.
Oleh itu undian seterusnya, undilah pemimpin dari parti bebas, pasti para pengundi tidak kecewa.

Wahai pemerintah yang beriman kembalilah beriman berihsan berIslam serta perteguhkan Al-Quran dan As -Sunnah. Tegakkanlah hukum Allah dan hudud di bumi Allah. Buktikan nawaitu anda menegakkan perintah Allah berbanding yang teringin memerintah benar-benar hebat di sisi Empunya Zat

Wakil rakyat bebas adalah tren terkini dan formula khas bagi memastikan wakil rakyat adalah sebenar-benar wakil kepada rakyat yang berbilang kaum, berbilang agama, berbilang puak atau suku, berbilang kepartian dan berbilang kefahaman atau dasar.

Kepada puak atau suku Melayu seperti Jawa, Banjar, Bugis, Acheh, Mandailing, Rawa, Batak dan sebagainya apabila memasuki era kepartian dan era politik dengan nilai ketaksuban kepada parti mengakibatkan permusuhan berlainan suku dan apa yang lebih menyedihkan sesama puak atau suku akan bertelagah sesama puak atau suku sesama sendiri contoh puak Jawa sesama Jawa, Banjar sesama Banjar kerana berlainan parti. Maka trend kepartian membawa banyak permusuhan dan pertelagahan adalah lebih baik nilai kepartian dihapuskan. Trend wakil calon bebas adalah formula yang tepat.

Mengapa trend bebas? Kerana apabila individu menduduki kerusi laluan BN apabila memenangi, beliau akan berkait erat kepada penyokong mereka dan begitu juga jika PKR dan PAS atau DAP iaitu PR juga akan menyebelahi penyokong atau pengundi mereka. Bukankah itu lumrah kepartian? Maka untuk lebih adil dan saksama dalam kemelut lumrah kepartian wakil-wakil rakyat dari pencalonan bebas adalah lebih berkeadilan.

Kenapa begitu? Jawapannya mudah kerana apabila wakil calon bebas memenangi kerusi, invidu tersebut benar dapat mennjadi dan berkhidmat dengan cemerlang, telus, amanah kerana tiada konsep membeza-bezakan walau apa sekali pun parti yang diceburi oleh rakyat bawahan dan lebih bersikap terbuka dan lebih mudah menyelami jiwa rakyat maka formula bebas pencetus dan penghapus kemelut kepimpinan, kemelut YB, kemelut kronisme, kemelut kuasa, kemelut egoistik dan pelbagai kemelut yang bertambah gelut. Maka bangunkanlah minda bawah tempurung pengundi malaysia agar beralih ke arah kebebasan mutlak dan hak calon bebas Parlimen Bukit Gantang, Penanti dan Permatang Pasir.

Tarikh Keramat